Tuesday, March 8, 2011

8 MARCH 2011~~~hari WANITA sedunia~~~~

WANITA....

adalah penyeri hidup kpd seorang lelaki...
adalah pelengkap hidup insan yang bergelar lelaki...
adalah seorang ibu kepada anak2 nya....
adalah seorang kekasih kepada suaminya...
dan
adalah sang setia pada ibu dan bapanya.....

namun, LELAKI bukan pelengkap kpd seorang WANITA..
LELAKI jua lah yang banyak menyakiti hati WANITA...
bahkan, LELAKI jugalah yang bisa buat hidup WANITA itu sengsara....

post aku kali ni bukan la nak cetuskan WAR ataupun saje2 nak wjudkan perkauman...
tapi, sempena menyambut HARI WANITA SEDUNIA pada hari ini, 8 March 2011,
aku hanya mahu bangkitkan semula semangat mane2 WANITA di luar sana yang dah lame patah dek kerana insan yang bernama LELAKI....

to LELAKI...
spesies korang ni bukanlah salah satu KESILAPAN yang ALLAH ciptakan (nauzubillah)...sesungguhnya ALLAH itu maha PERFECT dan tiada tolok bandingan Nya..aku minta maaf la to kaum LELAKI yang xbersalh di luar sana tu.."kerana nila setitik, rosak susu sebelanga"..tu la umpama kaum adam ni...
xsemua dikalangan korang ni jahat...aku percaya di luar sana tu ramai lagi yang baik antara yang terbaik... =)

back to our story..
sempena hari WANITA ni aku nak share ngan korang semua pasal sorang WANITA ni....


lahirnya dia ke dunia pada 6 OKTOBER dengan jeritan halus...
menyejukkan hati seorang ibu dan ayahnya...
dia membesar dengan didikan yang agak cetek...
namun dia tetap berusaha untuk menimba ilmu...
ilmu duniawi dan ukhrawi...

alhamdulillah...
dengan berkat kesungguhan dan ketabahan beliau dalam mengejar ape yang diimpikn,berhasil...
namun, "langit x selalunya cerah"..."ingatkan panas sampai ke petng,rupenya hujn di tghari"
begitulah perumpaan yang sesuai bagi mengmbrkn hidupnya....

pada umurnya mencech usia 24 tahun, dia menamatkan zaman remajanya dengan seorang lelaki yang diperkenalkan oleh sahabatnya sendiri...sebulan hidup sebagai seorng isteri, beliau diuji dengan keburukn perangai suaminya...rupanya suaminya jenis yang suka berfoya2...maklum la anak orang kaya la katakan..(aku x maksudkn sume ank org kaya ni camtu..) namun, beliau bersbar atas nasihat ibu mertuanya...ibu mertuanya sangat menyayangi beliau..beberapa tahun hidup sebagai menantu yang mcm tiada suami (ye la 6 bulan skali baru balik rumah) dan mempunyai 2 putra, beliau mendapat kekuatan dari anak-anaknya dan mengmbil keputusan untuk berpisah...beliau menyuarakn hasrat hati pada ibu mertunya....berat hati ibu mertuanya mahu melepaskan menantu kesaygn nye pergi namun kalau dah surtan tkdir siapa kita untuk menghalngnya kan...

semuda usia beliau 27 tahun semuda itu lah hidup beliau telah memegang status janda beranak 2...
pelbgai tohmahan yang beliau terima dari orang2 kampung dan rakan sebaya...
betapa besarnya dugaan yang beliau terima...
beliau tetap kuatkan iman dah teguhkan hati supaya ignore the anasir2 yang mhu menjtuhkan beliau..
subhanallah...
betapa kuatnya semngat mu wahai WANITA...
demi membesarkan 2 orang anak, beliau sanggup berpisah dengan anak tercinta untuk mencari sesuap mkanan untuk anak2 nya...
beliau tinggalkan anak2 nya yang masih kecil kepada ibu dan bekas ibu mertuanya kerna berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezki yang halal...maklumlah dengan status seorang janda ramai yang memandang serong terhadap WANITA ini...macam2 cerita yang keluar dari mlult orang2 kampung...tapi alhamdulillah beliau berjaya menepis sume tu dengn pulng membawa anak2 nya tgl bersama nya.(di sini beliau sudah mmpu membesrkn ank2 nya sndiri).

hari menghitung hari dan bulan menghitung buln hinggalah tahun menghitung tahun...
seusia beliau berumur 34 tahun beliau diijabkabulkan sekali lagi dengan seorang duda anak 6...( makin kuat teori bhawasanya janda cnfirm2 akn kwin ngan duda kan...) tapi teori tu meleset...langsung tidak tepat...pada perkahwinan beliau yang pertama beliau masih seorang gadis sunti namun bekas suaminya seorng duda yang sudah gagal dlam perkahwinan sebyak 4 kali..(korang pandai kira kan,beliau isteri yang ke 5)...1 more thing, perkahwinan kedua beliau ni bukannya atas dasar suka sama suka...perkahwinan ni terjadi lebih ngeri lagi kerna beliau dipksa oleh abangnya..gara2 menolk pingn LELAKI itu, satu penmpar hinggap di pipi gebu WANITA itu..oleh itu WANITA itu terpaksa terima lamaran LELAKI tersebut bagi mengelakkan keluarga mereka mendpat malu..(maklumla keluarga mereka antara yang berpengaruh tika itu..)

dup dap dup dap...
makin berdebar jantung aku tika ini...
bagaimana harusku mulakan di saat pertengahn cerita ini...

hmmm...mcm ni la...
senang citer...
perkahwinan beliau yang ke 2 ni pun gagal juga...bukan salah WANITA tu...but,,slah LELAKI tu...
LELAKI tu jeluz ngan WANITA tu....WANITA tu bekerja di sebuah firma yg agak fames la manakala suami nya hanya dirumah menjaga anak2 mereka tika itu 6 orang termasuk 2 orang anak WANITA tersebut hasil perkahwinannya yang pertama..(masalahnye LELAKI tu jaga ke anak2 mereka)..
balik keje pun si WANITA tu juga yang kena uruskan..dah la keje orang LELAKI pun WANITA itu yang kena uruskan..xde rasa tanggungjawab langsung LELAKI itu....

pendekkan cerita...
hiduplah WANITA itu sebagai seorang ibu tunggal yang bertungkus lumus membesarkan keenam-enam anaknya tanpa bantuan dari sesape pun...hingga lah sekarng WANITA itu gigih dan tabah dalam mengharungi hidup dengan melayan kerenah anak2 nya yang sudah besar panjang ni..2 putranya yang pertama sudah mendirikan rumah tangga dan sudah dikurniakn chaya mata...WANITA itu pernah mengucapkan rasa syukur " syukurlah anak2ku tidak mengikut perngai arwah ayahnya (ayah mereka sudah meninggal dunia dan WANITA itu sudah lama memaafkan bekas suaminya itu..) dan harap akan kekal bahagia hingga akhir hayat "
itulah hasrat seorang ibu kepada anak2 nya..setiap ibu mahukan yang terbaik untuk kesemua anak2 nya..lagi 4 orang buah hati WANITA itu masih lagi membujang...2 putra sudah bekerja dan 2 lagi putri masih  bertungkus lumus menamatkan pengajian mereka kerana WANITA itu terlalu mgharapkan 2 putri nya ini untuk menghadiahkannya segulung ijazah...

WANITA itu mengharapkan yang terbaik untuk anak2 nya..harapan BELIAU agar anak2nya tidak akan pernah lalui perit jerih dugaan sebagaimana yang pernah dilaluinya dahulu...BELIAU sentiasa mendoakan anak2 nya agar sentiasa dirahmati dan dilindungi oleh Sang Pencipta serta berjaya di dunia dan akhirat..

kpda para pembaca, daripada cerita di atslah sya berani mengemukakn ayat yang first2 sy tulis td tu...

LELAKI bukan pelengkap kpd seorang WANITA..
LELAKI jua lah yang banyak menyakiti hati WANITA...
bahkan, LELAKI jugalah yang bisa buat hidup WANITA itu sengsara....

tgok la hingga lah sekarang seusia WANITA itu 62 tahun, BELIAU mampu hidup bahagia tanpa seorang LELAKI yang bergelar suami pun kan...sudah terbukti dan sya amat2 dan teramat mengenali WANITA itu...BELIAU adalah bonda saya sendiri...kami terlalu rapat..dats y la saya tahu sume cter ni...acctly byak lagi yang sy nak story sal BELIAU kat sini tapi penat la nak taip..tkut korang boring jer... sory la kalau2 post aku kali ni sgt memboringkan bydway aku puas dengn ape yg aku karangkan today...
so,sempena HARI WANITA SEDUNIA pada hari ini, aku mahu ingtkan kat LELAKI diluar sna tu jgn la nk blagak smbong nk main2 kan hati WANITA..bila hati WANITA tu dah kebal untk sume LELAKI baru korang tahu yang tgan selembut SUMAYYAH ni mampu menggoncg dunia  =)


( dis is my luvly mum...luv u so much mummy......)

p/s : pada mana2 WANITA yang tgah down skrg ni BANGKITLAH WAHAI WANITA!!!! kerana LELAKI bukanlah segala-galanya bagi anda..

No comments:

Post a Comment